Dimanakah sebuah kebebasan???


   Kadang-kadang aku terfikir di manakah kebebasan aku...adakah kebebasan aku hanya sekadar untuk menurut kemahuan mereka yang tidak mengenali aku...yang selalu membuat hidup aku merana dan membuat hidup aku penuh dengan dendam...kadang-kadang aku terfikir di manakah sebuah kebebasan untuk seseorang insan untuk memilih sebuah pilihan untuk hidup dirinya....adakah dia diciptakan hanya sebagai patung atau hamba yang hanya perlu menurut pilihan orang dan akhirnya menderita keseorangan...sebuah kehidupan yang diciptakan oleh sang pencipta untuk hambanya agar hambanya dapat memilih sebuah perjalanan dengan pilihannya...supaya kehidupan hambanya bebas dan mendapat ketenangan yang hak sebelum berjumpa semula dengan penciptanya...kadang aku terfikir dan merenung apakah hidup aku ini hanya perlu dipilih dan ditentukan oleh insan yang tidak pernah memahami dan mendalami jiwaku...membuat keputusan secara semberono dan tidak berbincang mahupun mendengar keinginan individu itu sehingga individu itu malu dan hidupnya tidak tenteram...

  Dimanakah kebebasan...dimanakah kebebasan....sememngnya aku tidak nafi sebuah pilihan memang penuh dengan dugaan...kerana dugaan memaniskan kehidupan yang mendatang...tapi kenapa perlu seorang insan menentukan kehidupan insanyang lain...sekali lagi hatiku bertanya dimanakah kebebasan...dimanakah kebebasan...insan tersebut melihat teman-temannya bergembira dengan kehidupan masing-masing...sedang insan tersebut menangis setiap malam...meratap...bertanya mengapakah kehidupannya diganggu...insan tersebut hanya mahu menjadi seorang insan yang tenang dan bebas dalam menjalani kehidupan...kehidupan yang bebas dan tenang dapat memandu seseorang hamba mencapai kehidupan dalam dunianya...paling penting akhiratnya...insan tersebut berusaha membaiki kehidupannya agar cemerang di masa depan...tetapi kerana kehidupannya diganggu..dia tersungkur ke sebuah pilihan yang tidak bahagia..tidak tenteram..menderita...kecewa...kerana hidupnya tiada norma-norma kebebasan.....

   Akulah...insan itu yang  menunggu..bilakah sebuah pilihan yang penuh dengan kebebasan menjelma kembali...bilakah...bilakah masanya...????


Comments